Saturday, April 18, 2009

Pendirian Profesor dalam PPSMI

Memoradum Akademi Sains Islam Malaysia kepada Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2002

PENDIRIAN BERSAMA PARA PROFESOR SAKTI SELURUH MALAYSIA TERHADAP DASAR PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK SEKOLAH DALAM BAHASA INGGERIS

Kami para profesor dalam bidangn yang berasaskan sains, kejuruteraan dan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahan terhadap dasar baru kerajaan untuk mengInggeriskan kembali pendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah (aliran sains sekolah) mulai tahun 2003 ini.

Bantahan kami ini bukan semata-mata “tidak mahu berpatah balik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan,” dan sekali-kali tidak kerana kononnya kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris. Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yang berasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli) pembangunan SAKTI zaman berzaman dan di negara-negara maju.

Oleh sebab kami juga terlibat secara langsung dengan pembangunan SAKTI negara ini yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negara ini sendiri, iaitu membangun, menyibar dan memajukan dalam bahasa dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kami menyuarakan pandangan ini.

Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinan Kerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di mana peringkat jua pun tetapi kami amat tidak bersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itu, kita melakukannya menerusi pengajaran atau pendidikan Sains dan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris.

Ringkasnya, antara sebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:

1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sains dan Matematik di sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!) bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa Melayu (bahasa keempat terbesar di dunia) dalam SAKTI, sedangkan bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati di dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkat ijazah kedua (Sarjana) dan ketiga (Doktor Falsafah). Malah kini tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan! Langkah pengInggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan malah mengkhianati dan bahkan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sekurang-kurangnya sejak tertubuhnya UKM 1970 dahulu. Sekaligus langkah ini meremeh, mensia-sia dan menyiksa batin ratusan bahkan ribuan para sarjana kita sejak 1970 yang bertungkus lumus membangun bahasa Melayu dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang di dunia (seperti yang diramal oleh ahli-ahli bahasa dunia) walaupun dengan mengInggeriskan pendidikan sains dan matematik di Malaysia. Tetapi amatlah jelas langkah ini akan menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.

2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan dan pembangunan SAKTI: Secara empirikalnya, sejak zaman berzaman tamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasa nasional masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luas dengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya. Dengan inilah kemudiannya kita dapat memudahkan pengembangan dan pembangunannya sehingga di negara-negara itu menjadi ramai yang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadi kaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksport SAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalam bahasa nasional kita sendiri juga menunjukkan keesahan hukum empirikal ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf anatarbangsa menerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40 tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaian SAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.

3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI: Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapa bahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahkan mereka memperoleh ilmu daripada luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazim terhadap Ayat al-Quran, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya pun yang tidak daripada kalangan sesuatu kaum berkenaan untuk memudahkan kaum tersebut memperoleh ilmu dan hikmah. Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian yang lakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran, epistemologi dan daya pengaryaan pada abad ini seperti Ravetz, de Bono, Miller, dan d’Ambrosio (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudah menguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah) menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu ada keistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai mangkin dan wahana pengkaryaan atau penciptaan. Malah de Bono menegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superior dalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang, dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!) tetapi tidak dalam bahasa nasionalnya. Setiap bahasa sebenarnya ada kebitaraan atau keunikan tersendiri dalam berperanan daya pengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun). Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuat beberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat juga menunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains dan matematik di sekolah bukanlah datangnya daripada negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar Eropah Timur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!

4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab pengangguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yang memandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsa menjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yang mahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elit di negara maju dan di bebrapa buah negara jiran kita) patut dipersalahkan juga.

5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikan seseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa (Inggeris). PengInggerisan dua mata pelajaran ini hanya menjanjikan “Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat.” Yang pasti adalah kelemahan pelajar dalam dua mata pelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akan bertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dan kerenah baru lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda atau kemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaran sains dan matematik memang banyak dan semuanya menunjukkan pembelajaran dalam bahasa sendiri ada advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapat memperbaiki pencapaian sains dan matematik.

6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak memundurkan atau merugikan sesiapa pun: Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara maju itu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yang berpendapat pendidikan dalam bahasa nasional Malaysia adalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidak berasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama ini pun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapai menerusi sumbangan ratus ribuan mereka yang berpendidikan dalam aliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)

Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat mempertimbangakan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakan dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Sains dan Matematik Sekolah seperti yang telah diputuskan itu. Sebaliknya kami menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi dengan berganda-gandanya usaha untuk memperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sehingga mencapai tahap maksimumnya, tetapi menerusi pendidikan matapelajaran ahasa Inggeris itu sendiri.

Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan). KP: 601211-01-6269
Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273
Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP: 500922-07-5107
Prof. Dato’ Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183
Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853
Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965
Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177
Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433
Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236
Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992
Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094
Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780
Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057
Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP.591108-11-5043
Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193
Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834
Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038
Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020
Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).
Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083
Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477
Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560
Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733
Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP: 520709-01-5373
Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491
Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147
Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP: 520912-01-5483
Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073
Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269
Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP: 550916-10-6179
Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P: 570324-06-5543
Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097
Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491
Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167
Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541
Prof. Dato’ Khalid Yusof (Perubatan).
Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273
Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032
Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415
Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203
Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat): KP. 3821920
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035
Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419
Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377
Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283
Prof. Mohd Yusof Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131
Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119
Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepjal). KP: 470901075111
Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187
Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976
Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272
Prof. Othman Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173
Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291
Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP. 4380233
Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233
Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049
Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141
Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459
Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665
Prof. Shahrim Ahmad (Fizik). KP: 600215025627
Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573
Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat): KP 4478636
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447
Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575
Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101
Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

Prof. Shaharir Mohamad Zain
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

September 2002 (Jamadilakhir 1423)

Labels:

Bahasa

Oleh Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain
Pada 12 September, 2008, 9:21 am

(Pandangan Dr. Mahathir ini dipetik daripada blognya sendiri yang saya disedari adanya pada 23/08/08. Untuk memudahkan pembaca, pandangannya dipaparkan kembali satu persatu di sini dan pandangan balas saya terus diberikan perkara demi perkara itu)

Mahathir 1: Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

Jawaban Shaharir:

Pertama: Maknanya dasar beliau itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada UMNO!?

Kedua: Memang beliau wajar menerima tuduhan yang disebutkannya itu kerana jelas makna "semangat kebangsaan" beliau berbeza daripada kebanyakan orang; dan makna "utamakan bahasa" beliau juga amat berbeza daripada sesiapa pun. Beliau suka memutarbelitkan isu dengan ayat lojik yang betul tetapi berimplikasi kabur dengan harapan orang terperangkap. Umpamanya "semangat kebangsaan ialah semangat yang mengutamakan bangsa" tetapi beliau menterbalikannya "orang yang tidak mengutamakan bangsa ialah orang yang tidak bersemangat kebangsaan". Lojiknya betul tetapi beliau menyelewengkan makna "bangsa" pula kerana beliau tidak menerima "bahasa menunjukkan bangsa" atau lebih dalam lagi "bahasa jiwa bangsa". Lagi satu, "Orang yang mengutamakan bahasanya bermakna bahasa lain berada ditangga bawah", atau terbaliknya "Orang yang tidak meletakkan bahasa lain ditangga bawah bermakna orang itu tidak mengutamakan bahasa sendiri"; tetapi Dr. Mahathir lari daripada dua-dua bentuk ayat yang secara lojiknya betul ini dengan mengatakan "Orang yang ingin menguasai bahasa lain tidak bermakna dia tidak mengutamakan bahasanya sendiri". Betul, tetapi dia menutup orang menumpukan kepada cara menguasai bahasa lain itu, sedangkan cara itu kalau salah, seperti yang dilakukannya itu, jelas bukan sahaja tidak mengutamakan bahasa sendiri tetapi menyisih, mengembiri atau mematikan langsung bahasa sendiri. Inilah sebenarnya cara beliau dalam dasar pendidikan beliau yang tidak membenarkan bahasa sendiri digunakan dalam sains dan matematik itu kerana dasar beliau itu menjadikan lebih daripada 60% peratus pelajar sekolah berada di aliran Inggeris (lebih drp 70% subjek bagi pelajar aliran sains menjadi dalam bahasa Inggeris). Beliau Berjaya mengalih pandangan orang kepadas hakikat ini.

Mahathir 2: Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

Jawaban Shaharir:

Baiklah.

Mahathir 3: Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

Jawaban Shaharir:

Pertama: Seperti yang disebut di atas, Dr. Mahathir memang berpegang pada makna "semangat kebangsaan" yang salah. Sesuatu dasar yang membelakangi bahasa B padanya tidak bertentangan dengan "semangat kebangsaan B" . Ini suatu pendirian yang aneh dan tidak akan berlaku di mana sahaja bangsa di dunia ini. Bayangkan B itu Perancis, Jerman, Inggeris atau Jepun dan sebagainya. (tetapi jangan bayangkan negara-negara di Afrika, India, Filipina, dsbnya; iaitu negara-negara yang parah terjajah dan mundur atau yang tidak layak menjadi model kemajuan). Sudah pastinya bangsa B ini akan menentang sekeras-keras kepada pemimpinnya yang mahu menjadikan bahasa bukan bahasa B sebagai bahasa pengantar mata pelajaran sains dan matematik, walaupun hujah yang muluk-muluk dapat diutarakan akan kewajaran dasar itu. Di Malaysia ini suku kaum China umpamanya tidaklah begitu marah kepada Dr. Mahathir dengan dasar pendidikannya itu kerana Dr. Mahathir telah bertindak lembut terhadapnya dengan membenarkan bahasa Cina juga boleh terus digunakan. Kalau dia berkeras sama seperti terhadap suku kaum Melayu, maka Dr. Mahathir layak dituduh "tidak bersemangat kebangsaan Malaysia" oleh semua kaum di Malaysia. Nasib baik Dr. Mahathir tidak mendapat tentangan yang keras daripada orang Melayu (UMNO terutamanya) pada masa dia berkuasa dahulu kerana sifat Melayu UMNO yang feudal ("Ketua mesti betul!").

Kedua dan ini lebih penting lagi: Dr. Mahathir membuat andaian orang tidak mungkin fasih dalam bahasa lain jika dia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri. Dia juga sengaja membuat andaian yang salah, dan diulang-ulangnya pada mana-mana kesempatannya, bahawa orang bersemangat kebangsaan tidak hirau bahasa lain dan tentu maksudnya bahasa Inggeris, malah kadang kala ditegaskan nasionalis ini tiak mahu orang lain menguasai bahasa Inggeris dan Berjaya seperti nasionalis itu. Sungguh jahat! Dia sengaja cuba memfitnahkan bahawa selama 30 tahun lebih ini orang Malaysia belajar sains dan matematik dalam bahasa sendiri (tentu bahasa Melayu maksudnya) tidak berjaya dalam sains dan matematik dan tiada fasih berbahasa Inggeris ke tahap yang sewajarnya.

Semua ini semata-mata prangsangka buruknya sahaja atau kejahilannya mengenali ahli sains dan matematik Malaysia selama ini. Tentunya apabila kita kata "ahli sains dan matematik Malaysia" ini bermakna orang Malaysia yang dahulunya belajar sains dan matematik sekolah hingga universiti dalam bahasa Melayu, atau sekurang-kurang belajar sains dan matematik sekolah dalam bahasa Melayu tetapi kemudian berkarya ilmu sains atau matematiknya di arina antarabangsa (menerbitkan karyanya dalam jurnal atau pascasidang dalam bahasa Inggeris di samping bahasa Melayu). Ahli sains dan matematik ini sudah ribuan banyaknya! Tentunya kita belum berjaya mendapat Hadiah Nobel, tetapi ini bukan kerana bahasa. Hadiah Nobel boleh dimenangi oleh orang yang tidak berapa tahu bahasa Inggeris pun! Telaahlah senarai pemenang Hadiah Nobel ini. Lagi pun, adakah Negara Membangun yang memang dasar pendidikannya semuanya sejak tadika bukan dalam bahasa sendiri, tetapi bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, yang diagungkan oleh pemimpinnya masing-masing, selama ini sudah melahirkan ahli sains atau ahli matematik yang menerima hadiah sains atau matematik yang besar-besar yang mungkin menjadi kayu ukur Dr. Mahathir ?

Mahathir 4: Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

Jawaban Shaharir:

Ini Dr. Mahathir sengaja menyelewengkan maksud hadith ini sahaja. Dia pun memang tahu! Pemimpin Zaman Tamadun Islam dahulu, apatah Nabi Muhamad SAW, tidak pernah mengajar orang-orang di Timur Tengah atau di wilayah tamadun itu dalam bidang sains dan matematik dalam bahasa "China" (atau Hindia atau Yunani dsbnya) walaupun mereka tahu dalam bahasa-bahasa itulah ilmunya tinggi pada masa itu. Hadith ini semua orang tahu maksud sebenarnya cuma sengaja dipermainkan oleh Dr. Mahathir untuk membodohkan orang Malaysia yang disangkanya sebahagian besarnya masih boleh diperbodohkan begitu. Hadith ini memang telah pun kita laksanakan sejak zaman Tun Razak dahulu lagi. Dr. Mahathir meneruskan tradisi ini dengan mengukuhkan lagi melalui penghantaran pelajar ke negara-negara yang sistem pendidikannya sains dan matematiknya bukan dalam bahasa Inggeris sekali pun; dan ini dapat dilakukan dengan jayanya walaupun sistem pendidikan kita dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Mahathir 5: Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

Jawaban Shaharir:

Ini betul dan memang menjadi hukum pembinaan tamadun. Malangnya kita (terutamanya pada zaman Dr. Mahathir berkuasa) tidak percaya pada hukum ini, lalu lambatlah kita membina pusat terjemahan yang boleh melaksanakan hukum itu. Pada akhir-akhir regimnya sahaja barulah ditubuhnya (atas desakan puluhan tahun) Institut Tejemahan Negara tetapi belum pun sempat bergerak, Institut itu dijadikan tak relevan olehnya dengan menjadi bahasa Melayu, bahasa yang haprak, yang tidak layak membawa ilmu, menerima ilmu, mengungkap ilmu dan dibangunkan menjadi bahasa ilmu. Kononnya kita lupakan dahulu bahasa Melayu, kita ajar semua dalam bahasa Inggeris dan lepas itu baru ramai yang boleh terjemah seperti yang cuba dibayangkannya berlaku di dalam Tamadun Islam itu. Dr. Mahathir sengaja memutar belit fakta. pendidikan sains dan matematik (apa ilmu pun) pada Zaman Tamadun Islam itu bukan dalam bahasa ilmu masa itu (yang disebut oleh Dr. Mahathir bahasa Yunani). Bahasa ini diketahui oleh segelintir sarjana pada masa itu, dan sarjana-sarjana inilah yang dimobilisasi oleh khalifah untuk melaksanakan gerakan penterjemahan besar-besaran itu. Penterjemahan ilmu ke dalam bahasa sendiri oleh para sarjana dan pendidikan dalam bahasa sendiri dilakukan serentak! Model Dr. Mahathir, kalau betullah begitu model dan wawasannya, iaitu "tinggal dahulu bahasa sendiri dan kemudian apabila sudah maju dalam bahasa asing maka barulah kita kembali kepada bahasa sendiri", adaslah satu wawasan di kahyangan. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah tamadun di mana-mana dan isya Allah mustahil berlaku pada masa akan datang (walaupun kita masih boleh bermain-main melaungkan "Malaysia boleh"!). Sebenarnya, sejak awal lagi dan semakin ramailah orang sangsi akan "niat murni" Dr. Mahathir yang ingin memajukan bangsa Melayu dengan dasar seperti lamunannya itu… Katanya "dia sebenarnya mahu bangsa ini menghayati bahasa Inggeris sahaja …. Dia sebenarnya terpesona dengan gaya Inggeris…Kalau akhirnya orang Malaysia tak pandai sains dan matematik pun tak apa, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia rata-rata petah berbahasa Inggeris…. "biar pape ase bergaye"….("pape" dalam ilmu tetapi tetap boleh "bergaye" semacam mat saleh!). Dia tak mahu macam Jepun yang tak tahu bercakap Inggeris!". Yang lain lagi menuduhnya dasarnya beliau itu sebenarnya dimotivasikan oleh kehebatan implikasi kewangannya sahaja!

Mahathir 6: Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

Jawaban Shaharir:

Setuju! Namun dia perlu berhati-hati dengan ungkapan "percaya kepada kuasa-kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam" itu kerana Islam juga mewajibkan umatnya percaya kepada benda ghaib (Jin, Syaitdan, Malaikat dan Yang Maha Berkusa). Satu daripada kelemahan besar sains sekarang ialah tidak mengiktiraf makhluk yang gaib ini dan berpegang pada falsafah Tabiisme atau lebih teruk lagi ateisme.

Mahathir 7: Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

Jawaban Shaharir:

Betul! Tetapi orang yang telah ada asas ilmu seperti (pada masa iyu) para paderi itu memang sepatutnya demikian. Semua bangsa yang ingin maju demikiannlah. Selama ini pun, pada tahap tertentunya, kita, iaitu para rakyat yang berpengetahuan lebih tinggi daripada orang awam mempelajari sesuatu bahasa untuk mencungkil ilmu dalam bahasa itu. Cuma tahap keghairahan kita tidak sama dengan mereka di Eropah dahulu… itulah satu drp puncanya kita lambat maju sehingga Dr. Mahathir menggelabah dan tidak sabar untuk melakukan sesuatu tetapi tersalah fikir atau langkah itu. Beliau tidak mendapat iktibar sepenuhnya daripada sejarah Tamadun Eropah itu sendiri.

Mahathir 8: Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

Jawaban Shaharir:

Selama ini kita tidak demikian; dan kerajaan di bawah Dr. Mahathir dahulu sekali-kali tidak menggalakkan para ilmuwan Malaysia melakukan seperti yang berlaku di Eropah itu. Ilmuwan kita mengejar apa yang Dr. Mahathir impikan (menerusi wawasan kahyangannya yang bergaya itu). Inilah hasilnya…. kita ada "sarjana" (ribuan banyaknya dalam satu-satu bidang seperti sains matematik, sains hayat, kejuruteraan… ) yang tidak pernah menterjemah hingga tamat usianya! Penyelesaian daripada Dr. Mahathir ialah "paksa semua orang belajar dalam bahasa Inggeris"… lupakan terjemahan..lupakan bahasa sendiri.. apa tujuan Dr. Mahathir bawa sejarah Tamadun Islam dan Tamadu Eropah itu?!

Mahathir 9: Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

Jawaban Shaharir:

Ini tidak berapa betul! Sarjana-sarjana Eropah dahulu yang menguasai bahasa Arab itu sama ada mereka sudah pun berilmu dalam bahasa Latin atau mereka belajar ilmu dalam bahasa Arab dan Latin (dwi-bahasa) hanya di peringkat universiti sahaja. Di sekolah umpamanya mereka tetap belajar dalam bahasa mereka sendiri atau bahasa Latin (walaupun pemimpinnya sedar Latin ialah bahasa yang mengandungi ilmu yang lebih inferior daripada yang ada di dalam bahasa Arab) tetapi mereka berwawasan dan beriltizam membina ilmu untuk bangsanya dalam bahasa Latin (bahasa jiwanya, bahasa rasmi agamanya). Akhirnya mereka agak berjaya sehingga pada satu tahap, malah dapat mengalahkan sains Tamadun Islam kerana kealpaan umat Islam, tetapi yang masih tidak memuaskan para pemimpin mereka sehinggalah masing-masing bangsa di Eropah itu membangun ilmu dalam bahasa kebangsaan masing-masing. Apa yang Dr. Mahathir belajar daripada sejarah Eropah ini? Lagi sekali Dr. Mahathir pandai membuat kesimpulan yang pendek itu untuk mengelirukan rakyat yang pernah berada di bawah telunjuknya dahulu.

Mahathir 10: Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

Jawaban Shaharir:

Ayat pertama itu tentu mungkin dan patut! Tetapi ayat kedua itu berniat jahat semata-mata! Dia tahu ayat kedua itu tidak pernah berlaku pada orang Inggeris pun. (Sarjana Inggeris masih menterjemah buku atau makalah ilmu dalam bahasa-bahasa lain, malah jauh lebih banyak daripada kita lakukan selama ini). Kita sebenarnya sudah buktikan selama 30 tahun lebih ini bahawa "segelintir" itu agak banyak sehingga jika dasar kerajaan di bawah Mahathir dahulu berwawasan yang tepat keadaan bangsa kita sekarang lain daripada yang ada sekarang ini.

Mahathir 11: Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

Jawaban Shaharir:

Dr. Mahathir membuat rumusan yang melulu untuk menegak benangnya yang basah atau tujuan mencapai hasrat yang dicita-citanya yang tersasar itu sahaja. Dr. Mahathir tidak membuat kerja rumah yang cukup. Apa bezanya sains dan matematik yang di ajar di sekolah dan universiti (ijazah pertama) sekarang dengan zaman beliau dahulu (50 tahun dahulu)?. Kalkulus yang diajar di sekolah dan di universiti sekarang ialah ilmu abad ke-17 dan ke-18 dan tidak berubah sebab perkara itu masih tetap menjadi asas yang perlu. Begitu juga dengan asas-asas fizik, kimia dan biologi. Yang berbezanya hanyalah aspek pengiraan dalam ilmu-ilmu itu kerana 50 tahun dahulu komputer belum ada, malah ilmu sains komputer dan teknologi maklumat amnya belum ada. Namun dalam bidang pengiraan (sains komputer dan teknologi maklumat amnya) di peringkat asasnya yang perlu diajar di sekolah atau di universit peringkat pertama tiadalah perubahan sepantas yang cuba ditakut-takutkan oleh Dr. Mahathir itu. Dia sengaja memomok-momokkan orang seperti menakut-nakutkan kanak-kanak dengan cerita-cerita hantu-jembalang sahaja yang pencerita itu sendiri tidak pernah mengalaminya!

Benar kadar perubahan ilmu sekarang jauh lebih pantas daripada abad ke-15 dahulu tetapi kadar kemampuan pelajar dan guru serta penyelidik sekarang menangani perubahan ini juga demikian, senahagiannya kerana teknologi juga. Jadi kesannya yang sebenar tidaklah menakutkan seperti yang cuba ditakuti oleh Dr. Mahahtir. Jika gambaran Dr. Mahathir itu benar, semua negara terutamanya negara-negara di Eropah tidak akan ada lagi dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris! Ternyata bahasa rasmi Kesatuan Eropah pun bukan bahasa Inggeris sahaja, malah terlampau banyak sehingga mereka mahu mengurangkan kepada 4 atau 5 bahasa sahaja.

Mahathir 12: Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

Jawaban Shaharir:

Ini cerita daripada periwayat hantu yang disebut di atas. Teori baru yang terbukti berguna dan berjadi hanya berlaku jarang sekali, banyak bidang sains dan matematik berlaku perubahan teorinya dalam kalaan puluhan tahun, malah sains komputer yang dianggap terpantas itu pun biasanya dalam kalaan 3 atau 4 tahun (itu pun teknologinya sahaja). Yang digambarkan oleh Dr. Mahathir itu ialah tesis baru yang belum mencapai tahap yang patut dikuasai oleh kebanyak orang di universiti, apatah lagi di sekolah. Ia berlaku di kalangan sarjana berkenaan sahaja; dan sarjana tidak pernah menghadapi masalah bahasa yang ditakuti dan menakutkan orang oleh Dr. Mahathir itu. Berkenaan dengan "algorizmi" (sepatutnya alkhwarizmi atau algoritma) lagi lambat munculnya. Yang diajar di sekolah atau di universiti hingga kini masih yang asasnya yang dicipta ratusan tahun dahulu lagi (zaman belumada komputer lagi!). Teori dalam astronomi lagi lambat perubahannya, teori yang terbaik setakat ini (terutamanya oleh orang Barat) ialah ciptaan sarjananya lebih daripada 70 tahun dahulu (iaitu teori Einstein dan teori quantum) dan "algorizmi" untuk mengira ke angkasa lepas tidak banyak berubah sejak pertama kali Amerika barjaya ke Bulan (1974). Ilmu-ilmu yang lama inilah yang perlu dikuasai oleh pelajar kita sebelum mereka boleh belajar sendiri kelak. Persoalannya dalam bahasa apakah yang teraiknya? Takkanlah dalam bahasa yang pelajar tidak tahu atau tidak selesa? Lojik mana yang Dr. Mahathir pakai?l

Mahathir 13: Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

Jawaban Shaharir:

Ini mengulang-ngulang benda yang sama…. Menakut-nakutkan tentang benda yang sama… hantu yang sama.. Cuma di sini lagi banyak Dr. Mahathir cuba bercakap benda yang nampaknya dia tak berapa tahu. Sains atom tidak banyak berubah sejak awal abad ke-20 ini kerana kadar penemuan atau pembinaan teori barunya memakan masa yang panjang kalaannya seperti yang disebut sebelum ini. Teori Bohm (tentang atom) yang dikatakan sedang membina kubu-kubu persaingan dengan teori sebelumnya dicipta pada 1950-an dan berkemuncakkan pada tahun 1980-an dahulu (nah! Memakan masa 30 tahun dan masih tak menang!… menunjukkan lambatnya perkembangan sains bidang ini). Sains halus, jika dimaksudkannya nano-sains, sebenarnya bukan sains baru tetapi sains awal abad ke-20M; yang barunya (dan belum berjaya) ialah teknologi berasaskan sains itu. Jika sains halus itu bermaksud sains makhluk halus, orang Melayu sudah tidak perlu kepada Barat, malah Barat sedang menterjemah ilmu ini (dari Timur) ke dalam bahasa-bahasa mereka. Nampak macam yang dalam kendong kita sedang berciciran dan yang dikejar mengikut Dr. Mahathir tak dapat-dapat!

Mahathir 14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

Jawaban Shaharir:

Kalau Dr. Mahathir tidak berprasangka buruk dan membuat sedikit aritmetik kedudukan buku-buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang, nescaya dia tidak akan bercakap dengan nada kalah seperti itu terutamanya jika dia berwawasan yang betul terhadap pembangunan sesebuah tamadun, bukan sekadar berwawasan begayo" seperti Wawasan 2020 itu sahaja [iaitu berwawasan bukan dalam bahasa sendiri dan bercakap segalanya dalam acuan sendiri tanpa takrif yang betul tentang acuan itu].

Secara amnya bilangan buku ilmu dalam bahasa Inggeris sekarang yang mungkin sesuai dipertimbangkan untuk diterjemahkan ialah sekitar 400 buah buku setahun dalam sesuatu bidang besar seperti sains matematik (termasuk sains komputer dan teknologi maklumat amnya), sains hayat, sains fizis (termasuk kimia dan geologi), sains kejuruteraan dan sains kesihatan dan perubatan. Dalam setiap bidang ini sekarang ini dianggarkan ada kira-kira 1000 orang sarjananya (yang ada ijazah Sarjana sekurang-kurangnya) yang banyak dahulunya belajar dalam bahasa Melayu tetapi tidaklah debek bahasa Inggerisnya (malah semuanya boleh menterjemah Inggeris-Melayu). Ini bermakna dengan dasar-dasar yang betul, kita tidaklah tidak mampu menghasilkan sebuah buku terjemahan setahun bagi setiap 2 orang sarjana. Di samping itu para sarjana ini juga tentunya boleh menghasilkan karya aslinya dalam bahasa Melayu, jika pengiktirafan terhadap penulisan buku tidak seperti yang berlaku selama ini. Ini belum lagi mengambil kira sarjana dari alam Melayu yang tentu sahaja boleh dimobilisasikan oleh Institut Terjemahan Negara itu umpamanya. Cara ini yang dilakukan pada Zaman Tamadun Islam dan Tamadun Eropah yang selalu disebut oleh Dr Mahathir dan disebut di sini juga (di atas tadi) tatepai nampaknya tidak pernah menjadi iktibar beliau.

Dengan teknologi penterjemahan yang ada, kadar penerbitan penterjemahan ini tentunya "secara teorinya kacang" sahaja. Anggaran perbelanjaan setiap buku sekarang pun amat murah berbanding dengan cara lama, dan biasanya sarjana memang tidak menagih bayaran kerja penulisannya, asalkan pengiktirafan akademik yang sewajarnya diinstitusikan. Dengan dasar-dasar yang betul seperti pengiktirafan bertaraf akademik kepada para penterjemah dari kalangan ahli akademik itu, peruntukan pembangunan untuk "penterjemahan Negara" yang patut diwujudkan itu amatlah kecil berbanding dengan peruntukan projek pembangunan mega-mega selama ini. Pokoknya wawasan pemimpin negara yang betul sahaja yang diperlukan, iaitu yang pastinya bukan wawasan ala Dr.Mahathir itu.

Mahathir 15: Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

Jawaban Shaharir:

Ini yang sengaja Dr. Mahathir tidak atau buat-buat tidak faham-faham asalkan orang hanyut bersamanya dalam wawasan sebenarnya, iaitu menjadikan Malaysia ini bangsa yang kononnya lebih tahu berbahasa Inggeris daripada bangsa-bangsa lain yang bukan Anglo-Saxon dan pada masa yang sama dia tidak berpa kesah jika rakyat Malaysia memandang rendah atau tidak peduli kepada bahasa sendiri. Sejauh mana orang ramai sebenarnya lebih ramai/banyak boleh mencapai ilmu menerusi bahasa Inggeris itu (berbanding dengan menerusi bahasa sendiri) mungkin tidak begitu dipedulikannya. Persoalannya di manakah sandaran orang seperti Dr. Mahathir ini lakukan untuk mengatakan dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bukan bahasa sendiri (di sini Inggeris) bagi lebih drp 90 % rakyat Malaysia ini (yang tidak menggunakan bahasa Inggeris di rumahnya) maka semakin ramailah rakyat Malaysia nanti faham sains dan matematik dalam bahasa itu dan seterusnya boleh mendapatkan sendiri ilmu itu kemudiannya menerusi teknologi maklumat? Siapa yang belajar sendiri tentang sains kependudukan umpamanya jika dia telah faham kalkulus sekolah? Siapa yang buka internet mencari ilmu baru tentang atom dan naoteknologi jika dia tidak faham hukum Newton pun? Pastinya orang mahir berabuk bercakap bahasa Inggeris sekarang pun jika dia tidak faham kalkulus sekolah tidak akan berbuta demikian! Hukum akal mana yang dia pakai: belajar dalam bahasa yang bahasa yang pelajar tidak selesa lebih baik daripada belajar dalam bahasa yang pelajar lebih selesa? Hasil kajian mana yang dia pakai yang menunjukkan pelajar berbahasa ibunda A lebih baik belajar dalam bahasa bukan ibundanya B? Hasil penyelidikan siapakah yang menunjukkan pelajar yang lebih selesa dalam bahasa A akan lebih berminat atau lebih berdaya cipta kelak jika belajar dalam bahasa bukan A? Jika semua soalan ini negatif jawabannya, apa maknanya Dr. Mahathir kata "jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris" ? "Kita" tu siapa dan berapa keratkah? Hebat sangatkah sains dan matematik orang Melayu di Singapura atau di Brunei kerana mata pelajaran ini begitu lama diajar dalam bahasa Inggeris? Sudah berpuas hatikah kita dengan prestasi sains dan matematik bangsa-bangsa di Afrika yang pendidikan seluruhnya dalam bahasa Inggeris sejak begitu lama sehingga secara tak langsung kita pun mahu mengikut jejak langkahnya? (Sebenarnya,contohnya, Nigeria dan Afrika Selatan baru berusaha untuk menggunakan bahasa sendiri dalam pengajaran sains dan matematik anak bangsanya!). Apa hebatnya sains dan matematik di Filipina yang begitu lama rakyatnya belajar ilmu ini dalam bahasa Inggeris? Adakah pendemokrasian sains dan matematik di Hindia begitu bagus berbanding dengan Tiongkok kerana pendidikan sains dan matematik di Hindia telah lama dalam bahasa Inggeris dan Tionghua masih dalam bahasanya sendiri; dan adakah pencapaian sains dan matematik di Hindia lebih baik drpd Tiongkok? …. dan terlampau banyak soalan yang jawabannya terang-terang menyangkal pandangan Dr.Mahathir itu.

Mahathir 16: Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.
Jawaban Shaharir:

Memang betul! Tetapi apa muslihatnya beretorik begini?

Mahathir 17: Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

Jawaban Shaharir:

Amat betul! Tetapi apa guna leteran begini?

Mahathir 18: Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

Jawaban Shaharir:

Sebahagian besarnya betul! Tetapi Dr. Mahathir tidak boleh menangkap borong semuanya bahawa ilmu sains dan matematik sekarang "bukan ilmu sekular". 
Ilmu mengikut Islam ialah pengetahuan yang tidak menghakis iman sedangkan banyak teori dalam sains dan matematik sekarang bukan sahaja boleh menghakis iman tetapi jelas mencabar beberapa ajaran utama Islam. Kita perlu mengajar sains dan matematik kepada orang Islam supaya dia faham bukan sekadar matannya sahaja tetapi faham juga selok-belok ketakserasiannya dengan Islam sehingga orang Islam terpanggil untuk memperbaikinya dan seterusnya menjadi nakhodanya. Itu yang pernah dilakukan pada zaman Tamadun Islam dahulu dan Dr. Mahathir hanya buat-buat tak tahu sahaja. Dalam hubungan ini, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak membantu mendidik orang Melayu khususnya ke tahap yang diingini ini, kerana bahasa Inggeris itu membawa nilai-nilai kesekularan tersendiri yang sudah teradun dalam pengolahan penyampaian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris itu. Diakui bahasa Inggeris pun semakin menjadi satu daripada bahasa yang berkesan untuk penyampaian Islam tetapi gaya ini masih belum meresap ke dalam penyampaian sains dan matematiknya.Malah berdasarkan tinjauan yang dibuat beberapa kali yang mendapati lebih daripada 90% ahli sains teori Barat kini adalah ateis atau apeduli agama (kalau sekular lagi tinggi!), maka gaya penulisan sains dalam bahsa Inggeris khasnya tidak mungkin akan berubah kepada yang teis atau peduli agama, makalah semakin sebaliknya.

Mahathir 19: Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

Jawaban Shaharir:

Lagi sekali Dr. Mahathir membuat andaian palsu, iaitu bangsa yang mengutamanya bahasanya sendiri adalah bangsa yang mengabaikan ilmu, bangsa yang kolot dan lemah, dan sebagainya itu. Lupakah dia tentang nasib bangsa Inggeris itu sendiri? Begitu juga dengan bangsa-bangsa yang dianggap maju dalam sains dan matematik sekarang, bangsa yang manakah yang tidak mengutamakan bahasanya sendiri? Sebenarnya orang yang rela bangsanya dihina dan sebagainya yang dikatakan dan dilakukan oleh Dr. Mahathir sedang berlaku pada orang Melayu sekarang ini pun (sejak 2003) kerana dasar bahasa yang menabaikan bahasa Melayu sedangkan tahap pencapaian sains dan matematik orang Melayu ada tanda-tandanya yang semakin merosot sebagaimana yang dipaparkan oleh para penyelidik yang tidak terikat pada kepentingan politik semasa.

Mahathir 20: Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
Jawaban Shaharir:

Siapa yang tidak bersetuju dengan pandangan ini?

Mahathir 21: Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

Jawaban Shaharir:

Pemimpin dan pejuang yang dibayangkan oleh Dr. Mahathir ini sukar dicari di Malaysia ini kerana sebahagian besar sejarah pasca-merdeka Malaysia ini berada di bawah zaman pemerintahan beliau. Dalam zaman pemerintahannya yang lama itu, beliau mungkin merasakan banyak benda yang dia buat yang tidak disukai ramai tetapi tetap dilakukan demi tidak "membiarkan bagsanya kolot dan hina" . Ini perasan beliau sahaja dengan menganggapkan setiap tindakan tidak popularnya tetap dilakukan kononnya demi kebaikan bangsanya, nasionalis sebenarnya, dan tidak penyempatnya dia. Orang boleh berhujah balik bahawa dasarnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan sains dan matematik sekolah dilakukan demi sebaliknya sahaja. Umpamanya, penyempat (pandai mengambil peluang situasi yang muluk-muluk)! Takrif nasionalis siapakah yang yang ciri-cirinya mengizinkan pengabaian kebudayaan sendiri? Dia patut menilai semula perasannya itu atas sebab-sebab yang telah diutarakan sebelum ini yang memberi kesimpulan bahawa tindakan tidak popularnya itu sebenarnya "membiarkan bagsanya kolot dan hina". "Kolot dan hina" kerana dasar itu berkebarangkalian yang amat kecil akan melahirkan bangsa yang mampu mencipta ilmunya sendiri dan berkebudayaan sendiri.

Mahathir 22: Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

Jawaban Shaharir:

Slogan "Bahasa jiwa bangsa" kini sudah dikelirukan oleh tingkah-laku Dr. Mahathir selama ini kerana padanya ilmu dan bahasa terpisah sifatnya. Padanya bahasa menjadi jiwa bangsa hanya dalam kebudayaan yang sempit bagi sesuatu bangsa itu sahaja, dan kebudayaan yang sempit itu pun tidak penting kalau bangsa itu tidak berilmu. Beliau menganggap ilmu itu neutral malah terpisah daripada bahasa. Bahasa tidak mewarnai ilmu dan ilmu tiada sumbangannya bahasa. Pada Dr. Mahathir ilmu yang sedia ada ini (apatah lagi yang hendak dicipta nanti) dalam bahasa apa pun memberi makna yang sama sahaja. Pandangan sempit dan salah ini ditambah pula dengan sikapnya yang tidak memasukkan ilmu sebagai komponen jiwa bangsa yang terpenting itulah menjadikan "bahasa jiwa bangsa" itu tidak perlu dipedulikan lagi. Tidak hairanlah dia merasakan slogan "Bahasa jiwa bangsa" itu tidak tepat, tidak kena, dan kolot, sehingga dia tambah satu ayat lagi itu. Inilah berbezanya Dr. Mahathir dengan kebanyakan ilmuwan seluruh dunia.

Nota: Shaharir b. M.Z. (Dr., Mantan Profesor matematik fizik, UKM & dan mantan Profesor Matematik UMT). BBBangi, 28/08/08.

小泉元首相「改革の難しさ示した」 「かんぽの宿」売却凍結を批判

2009.4.8 20:26
このニュースのトピックスかんぽの宿譲渡問題

京都「正論」懇話会第24回講演会兼第247回全国縦断「正論」京都講演会が8日、京都市ホテルグランヴィア京都で開かれ、自民党の小泉純一郎元首相が「日本の進路」と題し、行財政改革や環境問題をテーマに講演した。小泉氏は日本郵政の保養・宿泊施設「かんぽの宿」売却問題に触れ、行財政改革の必要性を訴えた。

 小泉氏は、鳩山邦夫総務相による売却凍結決定を「問題の本質は、役所がやる必要のない事業をやったことだ。無駄な仕事をなくす行財政改革がいかに難しいかを、かんぽの宿は示している」と批判した。

 また、追加経済対策で財政支出が増大することを念頭に「今は不況だからばらまいているが、いずれ返済のためもっと多くの税金を使わなければいけなくなる。国民の負担をどう軽減するかを考えなければいけない」と指摘。環境問題では、政府が低公害車の開発を支援すべきだと述べた。

 小泉氏は今年2月、郵政民営化見直しを示唆した麻生太郎首相を「笑っちゃうくらいあきれている」と批判して以降、政局にからむ発言を控えており、講演でも「もう政局の話はしない」と発言を封印した。

小泉純一郎元首相の講演要旨

 【行財政改革】

 京都は昔から権力闘争の中心地。政権交代、修羅場をいくつもくぐり抜けてきた土地だ。私は首相を辞めたのだから、もう政局の話はしない。

 「かんぽの宿」売却問題の本質は、役所がやる必要のない事業をやったことだ。運営主体の旧簡易保険福祉事業団の理事長は旧郵政省の事務次官経験者で、役所は天下り先の確保策を考えた。民間に任せておけばいいものを「加入者の福祉」ということで造った。無駄な仕事をなくす行財政改革がいかに難しいかをかんぽの宿は示している。

 これから行財政改革の必要性が弱まることはない。今、不況だからばらまいているが、いずれ、返済のためもっと多くの税金を使わなければならなくなる。かんぽの宿の売却価格が高いか低いかの問題ではなく、国民の負担をどう軽減するか、福祉とは何かを考えなければいけないのに、マスコミはそれを教えない。

首相を辞めて、環境保護と経済発展の両立に重点を置いて活動している。かつて、環境保護はカネがかかり経済の発展を阻害するという考え方があったが、そうではない。環境保護で経済発展を促す政策を打っていかなければならない。

 両立のため大事なのは脱石油社会の実現だ。日本は先進国の中でも石油依存度が高く、さらに下げなければいけない。

 省エネ、代替エネルギー開発を進め、石油依存度を下げることで経済は強くなる。日本は世界一厳しい排ガス規制をやったおかげで、日本の車は環境に優しいし、省エネ技術でわずかなガソリンで長く走る。厳しい規制が世界で先端的な技術開発につながった。開発者に激励を与えるような政府の対策が必要だ。

 【100年に一度の危機】

 今、100年に1度の危機といわれる。戦争の連続だった明治時代、大恐慌時代、第2次世界大戦後に比べれば、今の苦しさでめげてはいけない。日本人の底力を冷静に見極め、「ピンチはチャンス」という意識を持つべきだ。

 私は昭和天皇が昭和21年の歌会始で詠まれた「ふりつもるみ雪にたへていろかへぬ松ぞををしき人もかくあれ」というお歌に感銘している。日本が敗戦を喫してから半年もたっていない一番困難な時期に、日本国民よ雄々しく国家を建設しようと詠まれたと思う。

 大変、厳しい時代だが、日本の国はいくつかの危機に耐えて立ち直ってきた。この危機を乗り越えるためともに頑張ろう。


Labels: