Saturday, July 21, 2007

だまされたくなかったら、勉強しろ!

負けるというのは、だまされるという意味だ。
お前らこのままだと、一生だまされ続けるぞ。
社会にはルールがある、その上で生きて行かなくてはならない。
だが、そのルールと言うやつは、すべて頭のいいやつが作ってる。
それは、つまり、どういうことか。
そのルールは、すべて頭のいいやつに都合のいいより作られてるってことだ。
逆に都合の悪いところは分からないよりうまく隠してやる。
だが、ルールに従う者の中でも賢いやつは、そのルールをうまく利用する。
例えば、税金、年金、保険医療制度、休養Systemなど…
みんな頭のいいやつがわさと分かりにくさを通して、特に調べもしない頭の悪いやつを操る。
つまり、お前らみたいに頭を使わず、面倒くさいだってばかり奴らは一生だまされて高い金を払わされ続ける。
賢いやつはだまされに得して勝つ、バカはだまされて損して負け続ける、これは今の世の中の仕組みだ。
だから、お前ら、だまされたくなかったら、損して負けたくなかったら、お前ら、勉強しろ。
バカとブースこそ東大に行け。

-桜木先生

Monday, July 16, 2007

Dilema industri akhbar di Jepun


Utusan Malaysia, Julai 2007

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD (Yang mengikuti program felo NSK-CAJ di Jepun baru-baru ini)

INDUSTRI akhbar di Jepun telah mula bertapak di negara itu kira-kira 139 tahun yang lalu dan antara akhbar yang terawal diterbitkan ialah Asahi Shimbun iaitu pada tahun 1879 di Osaka.

Dengan kekuatan 20 kakitangan pada masa itu edaran permulaan akhbar berkenaan adalah sekitar 3,000 naskhah sehari.

Kini setelah lebih satu abad berlalu, akhbar tersebut kini merupakan akhbar kedua terbesar edarannya di negara berkenaan selepas Yomiuri Shimbun dengan purata edarannya mencecah 11 juta sehari.

Berdasarkan rekod Persatuan Penerbit dan Editor Jepun, selain Asahi Shimbun terdapat empat lagi akhbar nasional yang diterbitkan setiap hari dengan jumlah edaran setiap satunya lebih 2.5 juta naskhah sehari.

Empat akhbar tersebut ialah Yomiuri Shimbun dengan edaran sebanyak 13 juta naskhah sehari, Mainchi Shimbun (5.5 juta naskhah sehari), The Nikkei (4.6 juta naskhah sehari) dan Sankei Shimbun (2.8 juta naskhah sehari).

Jika diamati kepada jumlah edaran yang berjaya dicatatkan oleh kelima-lima akhbar berkenaan jelas memperlihatkan betapa besarnya pasaran industri akhbar di negara yang mempunyai penduduk seramai 127 juta itu.

Ia belum dikira dengan edaran tujuh akhbar harian utama yang bersifat akhbar bagi kawasan tertentu.

Antaranya seperti Chunichi Simbun (3.4 juta naskhah sehari), Hokkaido Shimbun (1.8 juta naskhah sehari), Nishi-Nippon Shimbun (1.03 juta naskhah sehari) dan Shizuoka Shimbun (1.4 juta naskhah sehari).

Jumlah yang dicatatkan itu adalah hasil penjualan akhbar edisi pagi dan petang.

Menurut Timbalan Pengerusi, Lembaga Editor The Asahi Shimbun, Kenichi Miyata, trend sambutan masyarakat Jepun terhadap akhbar setakat ini masih belum berubah.

Bagaimanapun katanya, kecenderungan generasi muda beralih kepada media berbentuk baru seperti lama web dan telefon bimbit semakin ketara.

Perkhidmatan tambahan

Justeru beliau berkata, syarikatnya terpaksa menyediakan perkhidmatan tambahan seperti akhbar dalam talian bagi menarik minat lebih ramai generasi muda terus mendekati produk keluaran syarikatnya.

‘‘Kami sedar dengan perubahan yang berlaku ini. Ia berikutan kemajuan sistem teknologi komunikasi maklumat di seluruh dunia,’’ ujarnya.

Namun begitu, beliau mengakui bibit-bibit perubahan tersebut sedikit sebanyak telah membimbangkan pihak pengurusan syarikat kerana kebanyakan pembaca setia akhbar Asahi Shimbun adalah di kalangan mereka yang berusia antara 30 tahun hingga 70 tahun.

‘‘Walaupun jumlah edaran akhbar ini masih dapat dipertahankan, pihak pengurusan syarikat amat khuatir dengan perubahan ini kerana terdapat kemungkinan akan berlaku kekurangan pembaca pada masa hadapan.

‘‘Ini merupakan satu perkara serius kerana industri akhbar amat bergantung kepada jumlah pembaca dan kebanyakan pembaca kami adalah mereka yang telah berusia,’’ kata Miyata.

Beliau berkata, mahu tidak mahu pihaknya terpaksa mendekati generasi muda mulai sekarang bagi mengelakkan jumlah akhbar syarikatnya jatuh merudum.

Ujarnya, setiap kali mesyuarat, pihak pengurusan sentiasa membangkitkan persoalan adakah jumlah edaran sebanyak 11 juta sehari itu mampu dipertahankan.

‘‘Bagi kami persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pengurusan syarikat merupakan sesuatu yang amat relevan dengan masa depan serta survival akhbar kami.

‘‘Kami tidak mahu nasib Asahi Shimbun serupa dengan akhbar di beberapa negara lain yang mana akhbar dalam talian telah mula mengambil alih peranan media cetak dan akhirnya ia telah menjejaskan industri ini.

‘‘Bagi kami akhbar ini (Asahi Shimbun) perlu dipertahankan sampai bila-bila kerana ia merupakan lambang maruah syarikat kami ,’’ katanya lagi.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif, Sankei Digital. Inc, Abe Masami iaitu antara syarikat pengendali akhbar dalam talian terbesar di Jepun mengakui generasi muda di negara itu semakin menggemari melayari Internet untuk mendapatkan berita terkini.

Beliau berkata, dengan kesibukan bekerja ia telah membuatkan generasi muda khususnya memilih untuk mendapatkan bahan berita di Internet.

‘‘Kami telah menyediakan khidmat akhbar dalam talian dengan jenama The Iza sejak tahun 2000 dan sehingga kini jumlah pelanggan yang melayari akhbar kami mencecah kira-kira 10 juta orang sebulan.

‘‘Kami jangka untuk tempoh beberapa tahun akan datang jumlah pelanggan kami akan terus meningkat iaitu berdasarkan jumlah pengguna Internet yang semakin bertambah dari setahun ke setahun,’’ katanya.

Bagi menarik pembaca beliau berkata, berita yang dimuatkan sentiasa perlu dikemas kini dalam tempoh 24 jam.

‘‘Setiap berita yang dilaporkan adalah seperti yang terdapat di media cetak. Malah kami juga turut mencetus berita hingga ia diikuti oleh akhbar-akhbar lain.

‘‘Begitu juga dengan berita-berita berbentuk eksklusif. Kami meminta wartawan sentiasa mendapatkan berita eksklusif kerana ia merupakan lambang kekuatan kepada sesebuah syarikat akhbar,’’ tambahnya.

Labels:

Friday, July 06, 2007

Islam Hadhari, Islam Liberal

Oleh: Maszlee Malik


Pada seminar Bahaya Islam Liberal anjuran bersama DBP, Karangkraf, majalah i dan juga majalah Nur salah seorang ahli panel sessi forum telah ditanyakan dengan soalan yang dinanti-nantikan oleh ramai peserta seminar itu. Adakah Islam Hadhari itu Islam Liberal?, ramai yang ternanti-nantikan soalan tersebut walaupun kebanyakan daripada mereka telah pun ada di dalam kotak pemikiran masing-masing jawapan mereka sendiri. Yakinlah, walau apapun yang dikemukakan ahli panel pada hari tersebut, ramai peserta yang telah pun mempunyai teori mereka yang tersendiri berkaitan hubungkait Islam Liberal-Islam Hadhari. Mengapa?, tidak lain tidak bukan persepsi yang berdasarkan fahaman politik masing-masinglah yang mencorakkannya.

Bagi mereka yang bersikap tidak mesra kepada Islam Hadhari yang dipromosikan oleh Pak Lah sebaik sahaja beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, sudah tentu Islam Hadhari dan Islam Liberal itu adalah dua benda yang sama tetapi berlainan jenama. Bak kata pepatah Inggeris coin with two faces, samada bunga atau kepala, kedua-duanya mempunyai nilai yang sama. Jika sepuluh sen nilainya, maka di muka mana pun ia ditunjukkan, nilainya tetap sepuluh sen juga. Mungkin tuduhan ataupun teori mereka nampak agak bias dan berbau sentimen, namun ianya agak berasas. Mengapa?, realiti menunjukkan demikian. Lihatlah kepada bermaharajalelanya individu-individu dan juga kumpulan-kumpulan yang membawa fahaman Islam Liberal sebaik sahaja Pak Lah menjadi PM samada di media-media cetak mahupun di dalam mempengaruhi sesetengah daripada keputusan-keputusan parlimen. Antaranya ialah dasar mengharamkan poligami yang dilancarkan oleh Sisters in Islam (SIS). Ianya merupakan test water pertama oleh kumpulan yang memang dikenali ramai sebagai promoter fahaman feminisme bersadurkan Islam. Lihat juga kepada bermaharajalelanya tulisan-tulisan yang membawa doktrin faham Liberal di dalam media-media cetak arus perdana milik kerajaan, terutamanya yang berbahasa Inggeris. Itu semua mula naik bagaikan cendawan selepas hujan selari dengan pelancaran Islam Hadhari. Marina Mahathir dengan Ůusingsnya di akhbar The Star, SIS, Farish Noor, Karim Raslan dan nama-nama lain menjadi jaguh di dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris untuk mengkritik dan menghentam pengamalan Islam yang sebenar di kalangan rakyat Malaysia. Penulis-penulis murahan yang mempromosikan faham Liberal Islam ini juga didapati menjadi jaguh-jaguh parti pemerintah di akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga diberikan layanan yang amat istimewa. Sebagai contohnya penulis warga asing yang amat dikenali dengan kecenderungannya terhadap pendekatan faham Liberal Jamal al-Banna yang berasal dari negara jiran, Astora Jabat. Bukan sekadar beliau menikmati tempat yang selesa untuk menulis tentang faham liberalnya di ruangan khas beliau setiap hari Ahad di Utusan Minggu, malah Majalah al-Islam yang suatu waktu dahulu menjadi minatan majoriti umat Islam arus perdana di Malaysia juga telah diserahkan kepadanya.

Teori golongan yang menyamakan Islam Hadhari dengan Islam Liberal juga nampak berasas apabila realiti hiburan yang terlampau-lampau menjadi satu trend di Malaysia. Bukan sekadar itu sahaja, konsert Force of Nature yang dianjurkan bersama oleh Scomi milik anak Pak Lah, Nori Abdullah menjadi ahli SIS, kenyataan-kenyataan dari para pimpinan UMNO dan kerajaan di dalam membela Jeslina Hashim lewat penangkapannya oleh pegawai-pegawai penguatkuasa JAWI, bantahan terhadap penguatkuasaan undang-undang kawalan moral dengan disokong oleh beberapa tokoh-tokoh UMNO, termasuk menantu Pak Lah sendiri, Khairy, konsert Inul, pemberian percuma kondom dan jarum bagi penagih dadah tanpa mengambil kira pendapat tokoh-tokoh agama dan juga orang ramai, dan lain-lain lagi, seolah-olah mengiyakan teori yang pertama ini. Islam Hadhari adalah Islam Liberal. Adakah benar teori ini?, ianya perlu dilihat dengan teliti sebelum apa-apa implikasi yang timbul dari keputusan yang terlalu gopoh di dalam melabelkan sesuatu bukan dengan label yang sepatutnya.

Di sudut yang lain pula, wujud pula golongan yang benar-benar ingin melekatkan faham Liberal kepada Islam Hadhari. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan agar faham Liberal yang mereka anuti itu boleh mendapat ÅÃaptis¡¦dari Islam Hadhari dan kemudiannya akan diberkati dan diredhai oleh kerajaan yang berkuasa. Mereka-mereka ini merupakan sesetengah kelompok dari promoter faham liberal itu sendiri. Perlu diingat di sini, faham Islam Liberal di Malaysia bukanlah satu kumpulan yang khusus yang berpegang kepada ide-ide atau doktrin-doktrin tertentu sepertimana gerakan-gerakan Islam yang wujud. Jika di Indonesia mungkin mereka mempunyai jamaah mereka yang khusus yang dinamakan sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL), di Malaysia ianya tidak berlaku sedemikian rupa, atau mungkin belum berlaku lagi dalam corak yang sedemikian. Di Malaysia istilah Islam Liberal lebih merupakan satu trend pemikiran yang dianuti oleh pelbagai individu dan kumpulan dengan objektif masing-masing. Ada yang berakidahkan feminisme, ada yang berakidahkan Anti-Sunnah, ada yang berakidahkan Ũruchoisme¡¦ ada yang berakidahkan Kebebasan berfikir, ada yang berakidahkan Human Rights, ada yang berakidahkan Å°rwellianisme¡¦ ada yang berakidahkan Illuminati @ Tanwiri ala protestanisme Eropah, ada yang semata-mata ditugaskan untuk menjilat penguasa dan bermacam-macam lagi aliran pemikiran. Yang menyatukan mereka adalah keimanan mereka kepada kebebasan untuk berfikir menjangkaui sempadan aqidah yang dianuti golongan Islam tulen, kerelatifan kebenaran yang membuahkan kepada kebenaran agama-agama lain, menentang segala yang tradisional dan juga seruan mereka untuk menghapuskan ekslusifme bagi usaha ijtihad dan pentafsiran al-Quran. Mereka juga disatukan dengan corak pemikiran dan gaya penulisan mereka yang anti-Islam arus perdana dan sering kali bersifat melawan arus hatta yang dilawan itu adalah perkara-perkara yang telah lttiqat(tetap dan tidak berubah) di dalam agama, seumpama isu kebenaran Islam, pengharaman zina, kewajipan menutup aurat, kehalalan poligami dan bermacam-macam lagi. Mereka juga bukan hanya wujuddi dalam jasad kerajaan dan badan-daban yang menyokong kerajaan, malah golongan Islam Liberal ini ada di antara mereka yang bersifat anti-establishment dan berada di dalam kem pembangkang.

Yang pasti, segelintir (dan bukan semuanya) dari pendokong Islam Liberal ini , terutamanya yang berada di dalam kem penyokong kerajaan beriya-iya menyokong Islam Hadhari dan berusaha pula melekatkan faham Liberal itu pada Islam Hadhari. Sebarang usaha untuk menyamakan Islam Liberal dengan Islam Hadhari akan memberikan kredit kepada golongan yang kedua ini. Bagi mereka, jika Islam Hadhari itu dapat ditafsirkan sebagai Islam Liberal, maka lebih mudahkan jarum mereka dimasukkan ke dalam dasar-dasar, keputusan-keputusan dan juga polisi-polisi kerajaan. Bak kata pepatah pucuk dicita ulam mendatang.

Di sudut yang ketiga pula, wujud golongan yang begitu ingin memisahkan Islam Hadhari dari Islam Liberal. Mereka ini adalah golongan agamawan di dalam UMNO dan jentera-jentera pemerintah. Tanyalah kepada Dato Nakhaie, Dato Dr. Abdullah Mohd Zin, Dato Firdaus, Dato Dr Mashitah, Dato Dr. Ismail Ibrahim, Dato Brigeder Jeneral Abdul Hamid Zainal Abidin, para mufti dan lain-lain ulama di JAKIM dan juga UMNO, pasti sekali-kali mereka tidak akan redha dengan pelabelan Islam Liberal kepada Islam Hadhari yang mereka perjuangkan itu. Jika dilihat pada sepuluh (10) dasar Islam Hadhari yang mereka promosikan itu pun samasekali tidak berbau Islam Liberal. Lihat sahajalah ucapan Dato Dr. Abdullah Mohd. Zin yang dibacakan oleh wakil beliau sewaktu pelancaran Seminar Wacana (Bahaya) Islam Liberal anjuran DBP itu. Dr. Abdullah dengan berani dan lantangnya mengatakan bahawa faham Liberal Islam adalah fahaman yang sesat dan tersimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Sayangnya golongan tidak mempunyai pengaruh yang kuat di dalam kerajaan, malah di dalam UMNO sendiri. Women Power SIS serta sekutu mereka di dalam Puteri UMNO dan Wanita UMNO dan juga pengaruh golongan muda yang pro-Islam Liberal lebih tajam taringnya. Jelas dapat dilihat, hatta oleh mereka yang tidak pandai menganalisa politik pun, tekanan terhadap JAWI, JAKIM dan institusi fatwa dan ulama oleh mereka yang berpengaruh di dalam kerajaan, menunjukkan bahawa golongan yang sepatutnya menjadi jaguh di dalam mempromosikan Islam Hadhari yang sebenar ini telah kehilangan taringnya. Mereka hanya digunakan untuk melawan parti pembangkang yang membawa agenda Islam sebagai modal politik sahaja, lebih daripada itu, mereka tidak diberikan sengatnya.

Ini sesuatu yang sepatutnya disedari oleh golongan ini, terutamanya Jabatan Hal Ehwal Khas di Kementerian Penerangan yang bertanggung jawab mempromosikan Islam Hadhari kepada rakyat umum. Janganlah samapi jutaan ringgit yang disalurkan kepada mereka untuk mempromosikan Islam Hadhari yang sebenar akhirnya dikotori oleh tangan-tangan golongan Islam Liberal yang tidak bertanggung jawab. Mereka perlu ingat, musuh mereka bukan lagi parti lawan yang disangkakan ancaman, musuh mereka adalah golongan pejuang faham Liberal di sekeliling mereka sendiri. Usaha bersepadu dan intensif golongan agamawan dari kem kerajaan yang memperjuangkan Islam Hadhari yang sebenar untuk menjelaskan tentang BAHAYA Islam Liberal, kesesatan mereka, dan juga tiadanya hubungkait di antara Islam Liberal dengan Islam Hadhari adalah satu kewajipan yang perlu mereka lakukan. Jika mereka tidak melakukan sesuatu dan hanya bersifat pasif di dalam usaha menangkis kemaraan pengaruh Islam Liberal di dalam kerajaan hanya akan memberikan kemenangan kepada golongan yang mempromosikan Islam Liberal. Senyapnya mereka, lembapnya mereka dan lambatnya mereka di dalam menyaingi arus Islam Liberal di dalam kem kerajaan hanya akan membukakan seluas-luasnya ruang kepada para pejuang Islam Liberal untuk menerapkan fahaman mereka di dalam kerajaan dan merosakkan projek Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh golongan agamawan kem kerajaan. Perlu mereka ingat juga, golongan promoter Islam Liberal amat anti golongan agamawan dan juga dominasasi mereka terhadap tafsiran agama. Bagi golongan Islam Libaral, golongan agamawan merupakan autoritarian yang membawa kelembapan dan kemunduran umat serta sering bersifat gender-bias. Golongan promoter Islam Liberal juga akan terus memastikan golongan agamawan tidak akan mempunyai pengaruh langsung di dalam kem kerajaan dan akan terus dipinggirkan. Amat besar cabaran kumpulan agamawan kem kerajaan dan getir pula keadaan mereka!

Kesimpulannya, bagi mereka yang tidak begitu mesra dengan projek Islam Hadhari anjuran Pak Lah, Islam Liberal adalah Islam Hadhari, dan mentaliti ini amat sukar diubah. Lebih-lebih lagi apabila realiti yang berlaku banyak menyokong hipotesis mereka yang telah pun menjadi teori. Walau bagaimanapun, teori mereka ini perlulah dinilai semula, kerana hakikat Islam Liberal yang ingin dipromosikan oleh kerajaan dibawah pimpinan Pak Lah bukanlah 100% bercorak faham Liberal. Ditakuti teori yang salah akan membawa implikasi yang salah di belakang hari. Bagi sesetengah golongan berfahaman Islam Liberal pula, mereka begitu bernafsu untuk melekatkan diri mereka kepada projek Islam Hadhari anjuran kerajaan demi kelangsungan ideologi faham Liberal yang mereka anuti itu. Mereka tidak jemu berjuang, dan mereka amat berpengaruh. Bagi mereka, Islam Hadhari sepatutnya dicorakkan oleh faham Islam Liberal. Mereka inilah ancaman projek Islam Hadhari sebenar anjuran kerajaan Pak Lah. Golongan ketiga pula adalah golongan pejuang Islam Hadhari sebenar yang bersikap anti-Islam Liberal, tetapi mereka ini lemah. Bagi mereka Islam Hadhari bukanlah Islam Liberal, dan Islam Liberal merupakan satu fahaman sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Golongan ini terlalu lemah dan dikhuatiri akan ditenggelami oleh arus Liberal yang lebih dominan di keliling mereka. Jika mereka ingin mengubah keadaan, satu anjakan paradigma perlulah mereka lakukan sebelum segalanya terlambat sepertimana lagu nyanyian Shidee di tahun 80an dahulu Sayang Semuanya Sudah Terlambat...

The Global Malay

Published on April 29, 2002

By Raslam Karim

The Malay world vision has narrowed drastically in the past five years.

Parochial and pedantic thinking in the corridors of power will destroy the Malaysia we know and love. Why?

Firstly, the country is multi-racial. As such the Malays – who are politically dominant, have to maintain their ability to talk across the religious divide. Consensus-building is an important part of nation’s success.

Secondly, the nation’s trade is far larger than our GDP. As such the prosperity we see around us depends on an export-driven economy. In short, we cannot maintain our livelihood – the Protons, the bungalows and the holidays in Medan and Hong Kong - unless we look outwards. Our horizons have to be global.

However, PAS’ growing might has resulted in the heightening of religious issues. As such the political debate has focused almost entirely on the battle for moral legitimacy and supremacy, shifting the attention inwards rather than outwards.

In many ways this is understandable. PAS, as a party led by ullamas has concentrated on their core strength: Islam. They have attacked UMNO at the ruling party’s weakest point – its perceived lack of religious credentials.

However, in their haste to denounce the government at every turn, PAS has neglected to present credible economic or diplomatic policy initiatives, failing in essence to address the challenges of modernity.

Malaysians and especially the Malay community are in danger of becoming obsessed with microscopic issues of ritual and doctrine, to the exclusion of all else. Piety is all important.

Only last week, one friend described the present Malay predicament neatly.

He told me about two highly-educated Malay colleagues who were obsessed with the issue of the appropriate garb for women. He said that these two young men spent hours debating this subject adding that ‘they seemed to have no interest in other, more worldly issues’.

This ‘closed’ mentality has had a disastrous impact on our public life. The nation’s newspapers are engrossed by bizarre ideas like public flogging.

Moral crusades against incest and homosexuality predominate as serious national issues are sidelined and ignored.

Meanwhile, the Malay agenda – the uplifting of the Malay community through education, improved health-care and public services - has been forgotten. We spend our time praising the Bumiputra tycoons and ignoring the real heroes in society, the care-givers – the underpaid nurses and the over-worked teachers.

Amidst the hype, young Malay males - for example, are being left behind.

They are less well-educated and therefore more likely to end up unemployed and frustrated. In a twist of social-Darwinism the ‘chosen of the chosen’ are being eclipsed by their sisters and their girl-friends. Interestingly (and worryingly) it’s the same under-performing Malay males who then take up positions of influence and authority later in life.

No one seems to be willing to ask why our education system is failing such a large (and potentially troublesome) chunk of the population. Why are employers less inclined to hire young Malay males? Why are we failing to create a cadre of globalised Malays? Could it be that their inability to speak English and or Chinese makes them less attractive and unprofitable workers? Alternatively, can the government absorb the surplus? Are we sitting on a time-bomb?

Similarly, last week when China’s Vice President Hu Jintao and heir-apparent visited Kuala Lumpur most Malaysians just yawned: the KLSE Index was more important for them. Very few Malaysians (and Malays in particular) realize the extent to which our export-driven prosperity is threatened by China’s gargantuan economy. If we are not careful our puny industries will be overwhelmed.

There is no one, easy solution for the two challenges I’ve outlined. However there is an underlying theme – that of openness. We cannot address the country’s weaknesses, domestically and internationally unless and until we try to create a truly global agenda for the Malay community. This in turn will help strengthen racial understanding as well as an all-encompassing Malaysian identity.

Firstly, the Malay community has got to wake up. Whilst faith is vital, religious practices do not prevent us from addressing the challenges of everyday life. Economics and business are going to have to be the drivers of this re-tooling of the Malay mindset.

The engagement with China is a good illustration of what I mean by ‘re-tooling’. We have to learn about the world’s most populous nation and create niches for ourselves in tourism, educational services, agriculture and natural resources.

We will need a vast pool of Mandarin-speaking Malaysians in order to achieve this goal. We can of course turn to the Malaysian Chinese community and task them with the interaction. But that is not a sensible long-term solution.

Instead, the Malay community must also get involved in what is potentially the world’s largest marketplace. The Malays must be equipped to handle the relationship head-on, globalising their mindset.

This brings me back to the disturbing educational record of Malay males.

Frankly, our national education system does not encourage the Malay community to be sufficiently open to other cultures and languages. This resistance to external ideas and influences is prejudicial to the community’s employment prospects and long-term future. If it isn’t halted now the exclusivity and isolationism will only worsen.

In order to create ‘global’ Malays we need a dynamic, forward-looking student body. Creativity, independent thinking and risk-taking must be encouraged. Diversity (racial and religious) has to be underlined.

All students (irrespective of race) must become trilingual. Language proficiency in English, Malay and Chinese has to become a minimum requirement in the national education system. Moreover the cultures and philosophies underpinning the respective languages must also be taught.

Muslims must learn about Christianity, Buddhism and Confucianism and vice versa. How else to foster religious understanding?

Young Malay males must be trained to succeed in whatever careers they want, wherever they want (including China, Europe and North America). The ‘global’ Malay and the truly Malaysian identity is only a step away. Are we open to change?